churp churp

Dah Daftar Churp Churp? ANDA BERMINAT? KLIK gambar di bawah untuk maklumat selanjutnya. Siapa KLIK dia baik :D

LIKE ME HERE!

LIKE, LIKE, LIKE here

Eh, tinggalkan blog kau kat sini!

Tinggalkan link blog anda di sini.

BERITA EKSKLUSIF !

CHERAS JAYA, 26 Okt ( sumber sendiri ) - -Kira-kira jam 12.30 malam, kedengaran satu bunyi letupan yang agak kuat. Tidak tahu dari mana puncanya. Apabila disiasat, rupanya letupan itu berpunca dari Pencawang Elektrik Tenaga Nasional Berhad ( TNB ). Letupan itu mengakibatkan pencawang TNB itu terbakar dan menimbulkan rasa resah di kalangan masyarakat. Namun dengan bantuan anggota penyelamat seperti BOMBA, RELA dan juga POLIS, kemarakkan api itu dapat dipadamkan. Mengambil masa selama satu jam untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di pencawang elektrik itu. Pihak wartawan dan jurugambar juga bergegas ke tempat kejadian untuk mendapatkan penjelasan dari mana mana pihak yang terlibat. Akibat daripada kejadian itu, semua bekalan elektrik di Taman Cheras Jaya terputus. Tambahan pula, dimaklumkan bahawa kawasan taman perumahan Sri Indah juga mengalami perkara yang sama. Kebanyakkan pekerja pekerja TNB turun padang bagi melihat punca kejadian. Dilaporkan bahawa bekalan elektrik kembali ada pada jam 03.00 pagi. Tidak kehilangan nyawa dilaporkan.

Info : Bulbul Marcello

Gambaran keadaan semasa kebakaran di TNB Cheras Jaya berlaku.
Orang ramai membanjiri tempat kejadian. Bomba bersama sama memberi bantuan untuk memadamkan api.

Dilaporkan oleh ;
Hasbullah Bin Hamlan

untuk ;
Bulbul Marcello News 2010

No comments:

Bulbul Marcello Official Blog!